Monday 2 January 2012

Cadangan Pembukaan Kelas Latihan Silat

As Salam... Pihak Pengurusan PLP telah bersetuju kepada syor meluluskan pembukaan Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi di kawasan lapang bersebelahan PASTI PLP di atas dasar menyokong usahamurni perkongsian ilmu dan aktiviti kemasyarakatan. Pada ketika ini kelas latihan yang dicadangkan akan dibuka penyertaannya kepada Belia dan Dewasa berumur 16 tahun dan ke atas dan akan didaftarkan di bawah cawangan Puchong di bawah seliaan En. Maarof Ibrahim selaku Penyelia Utama.

Sasaran utama adalah pembentukan Skuad Demo PLP dan akan datang Skuad Demo Junior ( Bawah 6 tahun) ... InsyaALLAH. Skuad demo ini adalah gerak seni persembahan silat cekak dari kombinasi bunga dan buah-buah silat untuk tontonan masyarakat umum dan diiringi muzik latar.

Sehubungan dengan itu, kepada ibubapa/penjaga ( Lelaki dan Perempuan) yang berminat atau mempunyai anak ( atas 16 tahun) yang berminat untuk mempelajari seni silat Melayu... Mohon e-mail maklumat diri ( Nama, alamat, IC, Umur tahun semasa, dsb) ke plp.lestariputra@gmail.com.

Yuran Permulaan (sekali sahaja) adalah sebanyak RM75.00/ orang untuk keperluan persiapan tempat dan majlis-majlis berkaitan. Yuran bulanan dan pengijazahan akan dimaklumkan selepas pendaftaran kelas latihan diluluskan diperingkat Ibupejabat.

Kelas latihan akan dijalankan sebanyak 2 minggu sekali @ 2 kali sebulan pada Hari Jumaat malam bermula pada 13/1/12 bertempat di PLP.... sebarang pertanyaan dan maklumbalas akan dibincangkan pada malam tersebut.

Sekian, harap maklum

No comments:

Post a Comment