Wednesday 2 September 2015

SELAMAT HARI MERDEKA!!! TAHNIAH PASTI PUCHONG


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Assalamualaikum wbth

1. Syukur Alhamdulillah , PASTI PUCHONG melahirkan rasa tahniah dan syabas kepada kontijen PASTI SELANGOR diatas kejayaan merangkul gelaran NAIB JOHAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA yang berlangsung di Golden Straits Valley Resort, Port Dickson pada 29 dan 30 Ogos 2015.

2. Kejayaan kali ini menzahirkan komitmen yang berterusan dan iltizam yang tinggi dikalangan warga kerja PASTI keseluruhannya dan khususnya kepada kontinjen PASTI SELANGOR yang membuahkan hasil yang bermakna.

3.Pada pertandingan kali ini PASTI PUCHONG turut memberi sumbangan kepada kejayaan PASTI SELANGOR.  4 wakil daripada PASTI PUCHONG diamanahkan dalam cabaran kali ini.

4.PASTI PUCHONG membawa cabaran dalam acara KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai), BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) , PIDATO ( Pasti Lestari Putra) dan HAFAZAN (P) ( PASTI FIRDAUS).

5.Dalam acara yang diwakili tersebut , pertandingan KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai) dan BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) mendapat pingat EMAS.

6.Semoga dengan kejayaan ini , warga PASTI PUCHONG akan lebih komited dan bersedia untuk meneroka kejayaan-kejayaan baru pada masa akan datang, insyaAllah.

TG KHAIRUL HISHAM B. TG ISMAIL
PENGERUSI PASTI
KAWASAN PUCHONG

Tuesday 1 September 2015

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PLP SESI 2016.. KINI DIBUKA

As slm.. Tuan/Puan para ibubapa/penjaga yang dimuliakan ALLAH S.W.T.. sesi pendaftaran pelajar bagi sesi kemasukan tahun 2016 kini dibuka.. Kepada ibubapa/penjaga yang berminat dimohon mengisi borang secara atas talian (online form) seperti kaedah terdahulu di bahagian bawah blog ini. Pelajar-pelajar lama juga perlu membuat pendaftaran semula menggunakan borang online tersebut. Mohon disebarkan maklumat pendaftaran ini kepada rakan-rakan yang berminat. syukran