Aktiviti

Helaian ini mengandungi maklumat aktiviti semasa dan perancangan program dalam gerakerja pembinaan jatidiri dan sahsiah warga PASTI

Ustaz ABC rasmi Majlis Pelancaran Pasti Lestari Putra (PLP)
Lestari Putra (24 Dis) Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik ( Ustaz ABC) , salah seorang yang mengasaskan Pasti di negara ini telah hadir merasmikan Pasti Lestari Putra (PLP) awal petang ini.
Beliau yang juga diamanahkan jawatan ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat,  tiba di PASTI pada pukul 2.00 petang dan disambut oleh Ketua Pemuda PAS Puchong, Mohd Rosharizan Moh Rozlan dan Naib Yang Dipertua PAS Puchong En Abdul Raffar b Che Embong.
Di dalam ucapan perasmiannya al Fadhil Ustaz menekankan kepentingan ilmu di dalam pembangunan insan, sebagaimana yang dibuktikan di dalam sejarah tamadun – tamadun besar dunia. Penubuhan PASTI, ujar beliau, adalah satu usaha pengkayaan ilmu, yang sangat seiring di dalam pembangunan tamaddun.
“ Apa yang saudara – saudari lakukan ini jelas merupakan satu tradisi ataupun tabiat pembangunan insan dan juga tabiat memakmurkan alam ini. Tanpa ilmu insan tidak akan membangun dan dunia tidak akan makmur. Sebab itu kalau kita lihat semua tamadun daripada sebelum Nabi Isa, iaitu zaman Socrates, Plato dan Aristotle, semuanya dikenali sebagai orang yang mempunyai ilmu yang khusus ”
Beliau juga menjelaskan bahawa hanya dengan ilmu dan penghayatan islam di dalam pendidikan anak – anak, segala macam ancaman, khususnya yang datang dari musuh – musuh Islam dari barat.
Selesai ucapan beliau dijemput menandatangani plak perasmian dan buku pelawat dan diakhiri dengan beliau menanam sebatang anak pohon nangka di atas tanah di hadapan premis
Sebelum itu acara hari ini bermula seawal 9.00 pagi dengan pendaftaran murid – murid oleh ibubapa masing – masing.
Pasti Lestari Putra merupakan Pasti ke 14 Kawasan Puchong, dan ia diletakkan di bawah pengurusan PASTI dan Dewan Pemuda Puchong.

Coretan bergambar sepanjang majlis berlangsung


************************************************************


****************************************************

Usrah Tertutup :Malam Taujihad Muallimah PLP

Pakar Matematik UPM jayakan Malam Taujihat Muallimah PLP Lestari Putra (19 Jan) menjelang minggu kedua operasi, PASTI Lestari Putra mengambil inisiatif menganjurkan satu usrah khas yang dinamakan Malam Taujihat Muallimah PLP, yang melibatkan pengisian ceramah Motivasi oleh seorang Ilmuan Matematik daripada UPM, Prof Madya Dr Mat Rofa Bin Ismail.Program bermula dari solat maghrib berjemaah AJK dan Guru – guru PLP, diikuti dengan bacaan Yaasin, solat isya’, ceramah Motivasi dan diakhiri dengan jamuan ringan.Di dalam pengisiannya, Dr Mat Rofa memulakan dengan konsep perkembangan tunas, dari sebiji benih yang kecil, membentuk tunas yang lembut, yang akarnya bergerak ke bawah dan ranting dan dahannya mendongak ke atas. Pohon ini terus membesar menjadi sebuah pohon yang rendang. Sebahagiannya mengeluarkan buah – buahan yang lazat seperti anggur sementara sebahagian yang lain mengeluarkan buah yang beracun seperti ceri merah. Ada yang berbau busuk dan memusnahkan seperti periuk kera, dan ada yang beracun dan malah tidak boleh didekati seperti buah zaqum. Namun yang terbaik adalah pohon kurma, yang mengelurkan buah yang banyak sepanjang tahun, dan semua bahagian pohonnya yang lain juga boleh dimanfaatkan. Demikianlah, menurut beliau, peranan guru PASTI yang mendidik golongan ‘tunas’, yang akan membesar menjadi manusia bakal berfungsi sama ada bermanfaat atau sebaliknya.Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai hakikat kejadian insan, yang dihiasi dengan pelbagai hiasan dan godaan duniawi, sehingga lupa tentang akhirat.Prof Madya Dr Mat Rofa adalah Ketua Laboratori Didaktik dan Etnomatematik di Institut Penyelidikan Matematik UPM yang pernah muncul sebagai tetamu di dalam siri Ilmuan Islam terbitan TV3 beberapa tahun yang lalu.