Thursday 19 January 2012

Maklumat Cuti Tahun Baru Cina dan sesi Pembelajaran Formal

As slm... merujuk keputusan mesyuarat pengurusan PLP ( selaras dengan arahan PASTI Negeri Selangor),
i) Cuti Tahun Baru Cina akan bermula dari 23/1/12 sehingga 25/1/12 dan para pelajar PASTI akan memulakan persekolahan pada hari Khamis (26/1/12).. surat makluman akan dberikan kepada ibubapa.
ii) Bagi mengelakkan kecelaruan pendapat dikalangan ibubapa/penjaga, adalah dimaklumkan sesi pembelajaran formal ( menggunakan silibus dan buku piawai) akan dimulakan pada minggu pertama Februari 2012. Ia adalah selaras dengan makluman di dalam Blog ( Info Ibubapa) berkaitan Minggu Suaikenal@ Orientasi Pelajar terutama yang baru pertama kali memasuki alam tadika/pra-persekolahan

Harap maklum.

Sunday 15 January 2012

Jemputan ke Program Sambutan Maulidur Rasul PLP



~ Marilah bersama-sama kita Mengimarahkan Hari Bersejarah dalam  Islam.... ~

Carta Organisasi PLP dan info Guru

As slm.. merujuk maklumbalas e-mail dan penyelarasan tugas di PLP, pihak Ibubapa/Penjaga boleh merujuk carta organisasi terkini PASTI Lestari Putra dan maklumat guru di Helaian Organisasi ( Bhg atas blog)

Wednesday 11 January 2012

Kalender PASTI Pusat

Berikut dilampirkan Kalender dan Takwin tahunan PASTI Pusat yang akan digunapakai oleh PASTI PLP.

Tuesday 10 January 2012

Pemulangan Semula (Reimbursement) Yuran RM50

Perhatian kepada ibubapa/penjaga yang menghantar 2 atau lebih anak ke PLP.

As slm... Mesyuarat Pengurusan PLP bertarikh 8/1/12 telah bersetuju untuk memulangkan ( Reimbursement) sebahagian bayaran yuran sebanyak RM50/ pelajar sebagai tanda penghargaan kepada komitmen dan sokongan ibubapa/penjaga tersebut. Sila hubungi Bendahari PLP En. Syari Jamian di talian 0136656607 untuk pembayaran tersebut.

Harap maklum

Makluman Aktiviti Bulanan PLP + Menu

As slm.. mesyuarat Khas Pengurusan PLP telah bersetuju kepada beberapa syor seperti berikut :

i) Aktiviti Bulanan

Program
Tarikh/ Bulan
PIC
Majlis Ilmu ( Usrah tertutup) bersama Dr. Mat Rofa (UPM)
19/1/12
En. Solehan
Program Maulidur Rasul
“ Anak PASTI Sayang Rasul”
- Penceramah : Ust Shauki (UPM)
- Pertandingan Mewarna
5/6/7 Feb 2012
En. Solehan


ii) Perubahan Menu : Air Kopi kepada Air Milo.... Menu Harian lain akan diselaraskan mengikut kesesuaian dan kos.

Tuesday 3 January 2012

Perubahan Menu Harian PLP

As slm.. Pihak Ibubapa/Penjaga adalah dimaklumkan bahawa penyediaan makanan kepada pelajar bagi sesi pagi adalah pada pukul 9.30pagi dan pelajar bagi sesi lanjutan adalah pada pukul 12.30 tgh.
Merujuk kepada maklumbalas penjaga dan persetujuan pihak pengurusan PLP, menu harian akan diubah seperti berikut :


Monday 2 January 2012

Cadangan Pembukaan Kelas Latihan Silat

As Salam... Pihak Pengurusan PLP telah bersetuju kepada syor meluluskan pembukaan Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi di kawasan lapang bersebelahan PASTI PLP di atas dasar menyokong usahamurni perkongsian ilmu dan aktiviti kemasyarakatan. Pada ketika ini kelas latihan yang dicadangkan akan dibuka penyertaannya kepada Belia dan Dewasa berumur 16 tahun dan ke atas dan akan didaftarkan di bawah cawangan Puchong di bawah seliaan En. Maarof Ibrahim selaku Penyelia Utama.

Sasaran utama adalah pembentukan Skuad Demo PLP dan akan datang Skuad Demo Junior ( Bawah 6 tahun) ... InsyaALLAH. Skuad demo ini adalah gerak seni persembahan silat cekak dari kombinasi bunga dan buah-buah silat untuk tontonan masyarakat umum dan diiringi muzik latar.

Sehubungan dengan itu, kepada ibubapa/penjaga ( Lelaki dan Perempuan) yang berminat atau mempunyai anak ( atas 16 tahun) yang berminat untuk mempelajari seni silat Melayu... Mohon e-mail maklumat diri ( Nama, alamat, IC, Umur tahun semasa, dsb) ke plp.lestariputra@gmail.com.

Yuran Permulaan (sekali sahaja) adalah sebanyak RM75.00/ orang untuk keperluan persiapan tempat dan majlis-majlis berkaitan. Yuran bulanan dan pengijazahan akan dimaklumkan selepas pendaftaran kelas latihan diluluskan diperingkat Ibupejabat.

Kelas latihan akan dijalankan sebanyak 2 minggu sekali @ 2 kali sebulan pada Hari Jumaat malam bermula pada 13/1/12 bertempat di PLP.... sebarang pertanyaan dan maklumbalas akan dibincangkan pada malam tersebut.

Sekian, harap maklum

Sunday 1 January 2012

Peringatan Borang Maklumat Pelajar PLP

As slm...

Perhatian kepada Ibubapa/Penjaga yang masih belum melengkapkan Borang Maklumat Pelajar (rujuk paparan Info Ibubapa di Blog), sila lengkapkan borang tersebut dalam kadar segera termasuk lampiran salinan IC/Surat Beranak anak dan Gambar ( 2 keping).. Sila scan dan e-mail dokumen tersebut ke plp.lestariputra@gmail.com. Sila nyatakan juga waktu persekolahan anak-anak samada sesi pagi, Lanjutan atau Transit bagi memudahkan urusan penyediaan makanan dan keperluan berkaitan.

Kaunter pembayaran yuran akan dibuka pada esok (Isnin : 2/1/12) seperti makluman terdahulu di Blog.

sekian. harap maklum