Monday 10 November 2014

YURAN PLP TAHUN 2015


Bil
PERKARA (CAJ/ PELAJAR)
SESI PAGI SAHAJA (RM)
SESI PAGI & PETANG (RM)
1
PENDAFTARAN
200
200
2
YURAN BULANAN (JANUARI 2014)
170
270
3
YURAN BULANAN
(NOV 2015: EARLY BIRD DISC)
150
250
4
YURAN KOKURIKULUM
30
30
5
YURAN PEPERIKSAAN
10
10
6
BUKU TEKS DAN PERALATAN
80
80
7
TAKAFUL PELAJAR & BULETIN
5
5
8
PAKAIAN SERAGAM (1 SET)
35
35
9
PAKAIAN SUKAN (1 SET)
30
30
 
JUMLAH
710
910

Pihak Ibubapa/penjaga dimohon merujuk ruangan Info Ibubapa untuk maklumat dan borang pendaftaran pelajar yang perlu dilengkapkan. Syukran

MAKLUMAN AKTIVITI DAN TARIKH-TARIKH PENTING BULAN NOV 2014


Semua Ibubapa/ Penjaga

Tuan/Puan

Assalamualaikum W.B.T dan salam barakah....

 MAKLUMAN PROGRAM TERKINI PLP NOVEMBER 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Beberapa aktiviti akan diadakan untuk bulan November 2014 seperti berikut

 a)      Peperiksaan SETARA PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 7/11/2014 (Jumaat) bagi calon pelajar terbaik ( 2 wakil: 5 dan 6 tahun) bertempat di Masjid as-Salam Puchong Perdana. Pelajar dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.

b)      Program Hari Akademik (Perjumpaan Ibubapa/Penjaga bersama Guru PLP) akan diadakan pada 9/11/2014 (Ahad) di Premis PLP bermula dari jam 10.00 pagi – 12.30 tgh.

c)      Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 15/11/2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Tertutup Serdang Jaya untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun. Pengangkutan sendiri dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.

 d)      Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Lestari Putra (PLP) akan diadakan pada 23/11/2014 (Ahad) bertempat di Premis PLP untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun, tempat pertama hingga ke-3 untuk 4 dan 5 tahun serta tokoh-tokoh pelajar. Sehubungan dengan itu, ibubapa/ penjaga adalah dijemput hadir.

 e)      Sesi Persekolahan PASTI bagi tahun 2014 akan berakhir pada 21/11/2014 (Jumaat). Pada hari tersebut juga akan diadakan sambutan harijadi pelajar yang lahir pada bulan Sept – Dis. Semua ibubapa/penjaga yang ingin menghantar transit bagi 1 minggu terakhir bulan November 2014 dimohon merujuk ketua guru untuk tindakan susulan. Bulan Disember tiada Transit.

 f)       Ibubapa/penjaga pelajar-pelajar untuk sesi kemasukan 2015 yang belum didaftarkan mohon membuat pendaftaran secara online bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Pihak Pengurusan dan Guru-Guru PLP ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2014 serta jutaan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga. Pihak kami doakan agar tuan/puan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Segala kerjasama dan perhatian pihak ibubapa/penjaga amat dihargai dan didahului jutaan penghargaan.

 Yang benar,

          Solehan
………………………..…...........
(Mohd Solehan Ahmad SHAH)
Pengurus
PASTI Lestari Putra (PLP) 

Majlis konvo pasti puchong



Saturday 18 October 2014

Ralat Pendaftaran PLP 2015

As slm... Tuan/puan/ penjagayang dihormati sekalian untuk makluman sistem pendaftaran plp secara online mengalami sedikit masalah teknikal yang mana pendaftaran yang dibuat baru-baru ini tidak dihantar kepada moderator untuk diproses.. Kepada yang berminat mendaftar bagi sesi 2015, mohon hantar maklumat anak, ibu dan bapa merujuk borang online tersebut dan dihantar secara e-mail ke plp.lestariputra@gmail.com .. Hanya pendaftaran online sahaja diterima bagi mengelakkan pertindihan dan isu berbangkit.. Sila pastikan pihak tuan/puan menerima maklumbalas penerimaan pendaftaran sebagai bukti pengesahan borang diterima untuk diproses.. Segala kerjasama didahului jutaan penghargaan

Tuesday 23 September 2014

Program Lawatan ke Pusat Sains Negara

As slm.. Untuk makluman, mesyuarat pengurusan PLP telah bersetuju mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara Kuala Lumpur seperti maklumat berikut :

Tarikh : 2 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang (perubahan ADK)
Peserta : Semua Pelajar, Guru ( termasuk AJK pengurusan berkaitan)
Yuran Penyertaan : RM15/ pelajar (termasuk mkn tengahari)
Pengangkutan : Bas ( Disediakan)


Sebarang persoalan dan pembayaran mohon dirujuk guru bertugas di PLP. Syukran

Pendaftaran Sesi Kemasukan PLP tahun 2015 : 1/10/2014

As salam..

Kepada semua Ibubapa/penjaga Pelajar PLP sediada dan bakal pelajar bagi sesi kemasukan tahun 2015, pendaftaran hanya akan dibuka pada 1 Oktober 2014 secara atas talian (on-line). Ibubapa/penjaga yang telah memohon awal dinasihatkan menghantar semula online-form pada atau selepas tarikh 1/10/14.

Pihak urusetia pendaftaran akan memberikan maklumbalas penerimaan sebagai bukti pendaftaran diterima walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada kuota pelajar dibenarkan. Makluman ini telah dikeluarkan terdahulu dan makluman secara terus oleh guru bertugas. Harap maklum.