Tuesday 23 September 2014

Program Lawatan ke Pusat Sains Negara

As slm.. Untuk makluman, mesyuarat pengurusan PLP telah bersetuju mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara Kuala Lumpur seperti maklumat berikut :

Tarikh : 2 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang (perubahan ADK)
Peserta : Semua Pelajar, Guru ( termasuk AJK pengurusan berkaitan)
Yuran Penyertaan : RM15/ pelajar (termasuk mkn tengahari)
Pengangkutan : Bas ( Disediakan)


Sebarang persoalan dan pembayaran mohon dirujuk guru bertugas di PLP. Syukran

Pendaftaran Sesi Kemasukan PLP tahun 2015 : 1/10/2014

As salam..

Kepada semua Ibubapa/penjaga Pelajar PLP sediada dan bakal pelajar bagi sesi kemasukan tahun 2015, pendaftaran hanya akan dibuka pada 1 Oktober 2014 secara atas talian (on-line). Ibubapa/penjaga yang telah memohon awal dinasihatkan menghantar semula online-form pada atau selepas tarikh 1/10/14.

Pihak urusetia pendaftaran akan memberikan maklumbalas penerimaan sebagai bukti pendaftaran diterima walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada kuota pelajar dibenarkan. Makluman ini telah dikeluarkan terdahulu dan makluman secara terus oleh guru bertugas. Harap maklum.