Tuesday 27 December 2011

Kelulusan Syor Pertambahan Pelajar PLP

As slm..... Pihak Pengurusan PLP telah bersetuju untuk menerima semua Pelajar yang disenaraikan dalam Waiting List termasuk pelajar yang baru mendaftar merujuk kepada persetujuan menyewa sebuah lagi premis bersebelahan dengan PLP bagi menampung pertambahan pelajar.

Semua Ibubapa/Penjaga yang telah mendaftar diminta menghantar Borang Maklumat Pelajar yang telah lengkap ( termasuk Gambar dan Salinan Surat Beranak @ IC anak) seperti dalam paparan Blog ( Helaian Info Ibubapa) selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan. Bagi penghantaran secara e-mail, sila scan borang dan e-mail ke plp.lestariputra@gmail.com

Urusan Yuran boleh dijelaskan kepada pihak Bendahari En Syari ( 013-6656607) pada Hari Rabu (28/12/11) bermula jam 11.30 pg hingga 1 ptg dan Hari Isnin (2/1/12) bermula jam 9.30pg hingga 12.00tgh

Sesi persekolahan secara rasminya akan beroperasi pada 5 Januari 2012 (Khamis)

Monday 26 December 2011

Pengangkutan dan Menu Harian di PLP

As slm.. bagi melancarkan operasi dan gerakerja di PLP, pihak pengurusan PLP telah bersetuju untuk "outsourcing" urusan pengangkutan dan tempahan makanan kepada pihak luar dengan kadar yang berpatutan dan bersetuju kepada Menu cadangan berikut :

Pihak Ibubapa/Penjaga boleh menghubungi Pn. Linda di talian 013-6111676 untuk urusan Pengangkutan.

Wsm

Ucapan Penghargaan sempena Majlis Pelancaran PLP

Pihak Pengurusan PASTI PLP ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Perasmi Y.B Dato' Ust. Abu Bakar Chik serta tetamu jemputan yang hadir bersama beliau seterusnya kepada
- Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong dan AJK
- Muslimat PAS Kawasan Puchong dan AJK
- Pengerusi PASTI Kawasan Puchong dan AJK
- Pengurus PASTI-PASTI Cawangan  dan AJK
- Guru-guru PASTI
- Ibubapa Pelajar serta
- Masyarakat setempat

di atas kelapangan masa hadir dan bersama-sama mengimarahkan Majlis tersebut. Mudah-mudahan mendapat barakah dan  manfaat berpanjangan. Wsm

Thursday 15 December 2011

Jemputan & Aturcara Majlis Pelancaran PLP 2011

As slm.. Semua Ibubapa dan Penjaga pelajar yang telah mendaftarkan anak masing-masing ke PASTI Lestari Putra untuk sesi kemasukan Januari 2012 adalah dijemput untuk mennghadiri Majlis Pelancaran PLP 2012 pada 24/12/2011 ( Sabtu). Mohon kerjasama memaklumkan kepada Pengurus Cikgu Syed (013-3417204) sekiranya terdapat halangan bagi memudahkan urusan semakan pendaftaran. Berikut adalah tentatif program Majlis Pelancaran PLP :

9.00pg – 12.00tgh  : Pendaftaran Pelajar dan Suaikenal
12.00tgh – 2.00 ptg : Rehat/ Solat/ Makan
2.00ptg-2.15ptg   : Majlis bermula ( Aluan Pengerusi Majlis)
2.15ptg – 2.30ptg : Ucapan Aluan YDP Kawasan Puchong
2.30ptg -  3.00ptg : Persembahan Nasyid ( PASTI )
3.00ptg – 3.30ptg : Tazkeerah Ringkas & Ucapan Perasmian
3.30ptg – 4.00ptg : Gimik Pelancaran ( tanam pokok + signing Plague ceremony)
4.00ptg – 4.30ptg : Hi-Tea dan Ramah Mesra

 Sekian, harap maklum

Waiting List Registration

Mesyuarat pihak Pengurusan PLP pada 16/12/11 telah bersetuju membuat ketetapan bahawa bermula dari tarikh 17/12/11, sebarang pendaftaran baru pelajar bagi sesi kemasukan Jan 2012 akan dimasukkan dalam senarai menunggu ( Waiting List) dan keputusan pendaftaran akan dimaklumkan selepas Majlis Pelancaran PLP. Keputusan ini dibuat berdasarkan kuota pengambilan terhad sehingga 45 orang pelajar bagi menjaga kualiti pembelajaran dan pengajaran

Monday 5 December 2011

Makluman Pendaftaran/Yuran Pelajar

As slm... Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pengurusan PLP pada 6/12/12, Ibubapa /Penjaga yang telah mendaftar secara online atau menggunakan Borang Pendaftaran PLP adalah diwajibkan hadir ke Majlis Pelancaran PASTI Lestari Putra (PLP) pada 24 Disember 2012 (Sabtu) sebagai pengesahan MUKTAMAT Pendaftaran pelajar kemasukan Tahun 2012. Sila berhubung dengan Pengurus PLP ( Cikgu Syed : 013-3417204) sekiranya terdapat sebarang masalah atau inginkan maklumat lanjut.

Yuran Penuh Pendaftaran pelajar perlu diselesaikan sebelum atau pada 24/12/2012 (Sabtu) semasa Majlis Pelancaran PLP secara TUNAI atau bayaran terus ke Akaun PASTI KAWASAN PUCHONG ( CIMB ISLAMIC : 1212-0000361-10-7). Bukti resit pembayaran  perlu diserahkan kepada pihak Bendahari PLP untuk pengeluaran Resit.

Saturday 3 December 2011

Makluman kepada Ibubapa/Penjaga

Untuk makluman Ibubapa/Penjaga yang telah mendaftarkan anak secara borang / on-line registration, Peraturan dan Informasi PLP 2012 serta Borang Maklumat Pelajar telahpun diupload di ruangan Info Ibubapa. Dokumen ini adalah sebagai rujukan dan persiapan sempena Majlis Pelancaran PLP 2012.
Harap maklum.

Wednesday 30 November 2011

Majlis Pelancaran PLP

Mesyuarat Pengurusan PASTI Lestari Putra (PLP) pada 29/11/11 telah bersetuju kepada syor menganjurkan Majlis Pelancaran PLP sempena kemasukan pelajar baru seperti berikut :

Program : Majlis Pelancaran PASTI Lestari Putra (PLP)
Tarikh : 24 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang
Lokasi : PASTI PLP ( No. 1, Jalan LEP 1/3)
Agenda program :
- Ramah Mesra Ibubapa / Penjaga bersama pihak pengurusan PLP dan Guru
- Pendaftaran pelajar baru dan urusan Yuran
- Perkongsian Maklumat ( Buku, jadual, pembelajaran dan pengajaran)

Semua Dijemput Hadir.