Sunday 26 February 2012

Petikan Minit Mesyuarat Khas PLP 260212

As slm.. merujuk kepada beberapa aduan, komen, cadangan dan pandangan pelbagai pihak, pengurusan PLP pada mesyuarat khas bertarikh 26/2/12 telah bersetuju kepada ketetapan berikut :

1) Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan kaedah dan budaya makan dalam dulang bagi setiap pelajar PLP seperti amalan sediada bersandarkan kepada justifikasi berikut :
i) Ia merupakan salah satu amalan sunnah Baginda Rasulullah S.A.W sebagai amalan makan secara berjemaah dalam merapatkan ukhuwwah
ii) Para pelajar telah menjalani rutin membasuh tangan sebanyak 2 kali ( selepas kelas berakhir dan sewaktu di ruang makan)
iii) Pelajar yang didapati berpenyakit umum (common diseases) seperti demam, batuk selesema dan sebagainya akan diasingkan
iv) Guru akan bersama bagi setiap kumpulan hidang

2)  Mesyuarat meminta perhatian dan tindakan susulan guru-guru kelas PLP untuk memastikan suasana dan persekitaran kelas serta kawasan umum sekitarnya dapat sentiasa dipantau kebersihan dan susunaturnya

3) Mesyuarat mengambil maklum aduan ibubapa berkaitan seluar sukan yang senteng dan akan meminta kerjasama Ibubapa/ penjaga memulangkan seluar sukan SAHAJA dan akan diganti dengan seluar baru yang bersesuaian TANPA kos tambahan. Mesyuarat memohon maaf di atas kesulitan dan ketidaksempurnaan tersebut.

4) Mesyuarat mengambil maklum jadual pembelajaran setiap kelas telah diedarkan kepada ibubapa melalui pelajar PLP dan telah dimaklumkan di Blog. Jadual ini akan dipamerkan di blog dalam masa terdekat.

5) Ibubapa/Penjaga dinasihatkan untuk melabel nama anak dengan jelas dan kekal di setiap perkakasan, baju, beg, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan berlakunya kehilangan atau tertukar. Pihak guru PLP akan berusaha memperbaiki keadaan untuk mengelakkan perkara sebegini berulang.

6) Merujuk kepada penularan penyakit berjangkit  yang agak kritikal ketika ini, pihak pengurusan PLP meminta kerjasama dan keprihatinan ibubapa/penjaga untuk memantau tahap kesihatan anak masing-masing secara lebih kerap semasa di rumah dan TIDAK menghantar ke PASTI sekiranya terdapat symptom-simptom dan kecenderungan penyakit berjangkit.

7) Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju kepada cadangan sesi transit semasa cuti sekolah bermula dari 10/3/12 hingga 18/3/12 dan meminta guru menyediakan Borang Transit untuk diisi oleh ibubapa/ penjaga yang ingin memohon.

Sekian, Harap maklum

Thursday 23 February 2012

Jadual Pembelajaran PLP

As slm. Untuk makluman Ibubapa/Penjaga, Jadual Pembelajaran di PLP akan diedarkan kepada semua pelajar pada hari Jumaat 24/2/12 mengikut pecahan kelas.

Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk kepada Ketua Guru (Kak Nani) atau pengurus.

Sekian, harap maklum.

Wednesday 22 February 2012

Edaran Baju Sukan PASTI

As slm.. Untuk makluman ibubapa/penjaga, baju sukan rasmi PASTI PLP akan diedarkan mulai esok 23/2/12  (selepas jam 3 ptg) dan diminta merujuk Pn. Rosnani (Ketua Guru) untuk agihan tersebut.

Pihak pengurusan PLP ingin memohon maaf di atas kelewatan tersebut.

Harap maklum

Sesi Transit Cuti Sekolah

As slm.. Untuk makluman semua Ibubapa dan Penjaga, sesi transit semasa cuti sekolah dari 10/3/12 hingga 18/3/12 akan dibuka bergantung kepada permintaan dan keperluan. Sehubungan dengan itu dan merujuk minit mesyuarat pengurusan PLP, pihak ibubapa/penjaga yang ingin menghantar anak semasa cuti sekolah diminta menghantar maklumbalas secara email ke plp.lestariputra@gmail.com atau sms/ hubungi talian 019-6787178 (effendy).

Sekian, harap maklum.