VCC

Helaian ini dinamakan Virtual Concern Community  (VCC) yang mengandungi maklumat berkaitan Program-program Kemasyarakatan diperingkat Kawasan dan Negeri Selangor sebagai satu wadah penghubung kepada Masyarakat setempat.



i) Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.
Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor dan boleh mendaftar melalui Laman web rasmi Tawas: tawas.org.my
ii) Program Air Percuma setiap Bulan

Kerajaan Pakatan Rakyat menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.
Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.

iii) Skim SMUE : Manfaat khairat kematian bernilai RM 2,500 untuk warga emas / OKU

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya. Maklumat lanjut sila layari : e-mesra.org.my
iv) Hadiah Pengajian IPT

Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Maklumat lanjut sila layari : hpipt.selangor.gov.my

v) Program Tuisyen Rakyat

Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor. dasar utama program adalah

- Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
- Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.

Laman Web: http://tuisyenrakyat.blogspot.com/

vi) Skim Kesihatan Wanita

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga. Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatasn Wanita Selangor. Tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah  '1 Juta Wanita Selangor Sihat' -- menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas.  Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.