Wednesday 2 September 2015

SELAMAT HARI MERDEKA!!! TAHNIAH PASTI PUCHONG


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Assalamualaikum wbth

1. Syukur Alhamdulillah , PASTI PUCHONG melahirkan rasa tahniah dan syabas kepada kontijen PASTI SELANGOR diatas kejayaan merangkul gelaran NAIB JOHAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA yang berlangsung di Golden Straits Valley Resort, Port Dickson pada 29 dan 30 Ogos 2015.

2. Kejayaan kali ini menzahirkan komitmen yang berterusan dan iltizam yang tinggi dikalangan warga kerja PASTI keseluruhannya dan khususnya kepada kontinjen PASTI SELANGOR yang membuahkan hasil yang bermakna.

3.Pada pertandingan kali ini PASTI PUCHONG turut memberi sumbangan kepada kejayaan PASTI SELANGOR.  4 wakil daripada PASTI PUCHONG diamanahkan dalam cabaran kali ini.

4.PASTI PUCHONG membawa cabaran dalam acara KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai), BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) , PIDATO ( Pasti Lestari Putra) dan HAFAZAN (P) ( PASTI FIRDAUS).

5.Dalam acara yang diwakili tersebut , pertandingan KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai) dan BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) mendapat pingat EMAS.

6.Semoga dengan kejayaan ini , warga PASTI PUCHONG akan lebih komited dan bersedia untuk meneroka kejayaan-kejayaan baru pada masa akan datang, insyaAllah.

TG KHAIRUL HISHAM B. TG ISMAIL
PENGERUSI PASTI
KAWASAN PUCHONG

Tuesday 1 September 2015

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PLP SESI 2016.. KINI DIBUKA

As slm.. Tuan/Puan para ibubapa/penjaga yang dimuliakan ALLAH S.W.T.. sesi pendaftaran pelajar bagi sesi kemasukan tahun 2016 kini dibuka.. Kepada ibubapa/penjaga yang berminat dimohon mengisi borang secara atas talian (online form) seperti kaedah terdahulu di bahagian bawah blog ini. Pelajar-pelajar lama juga perlu membuat pendaftaran semula menggunakan borang online tersebut. Mohon disebarkan maklumat pendaftaran ini kepada rakan-rakan yang berminat. syukran

Tuesday 6 January 2015

Menu Harian PLP


MAKLUMAN PROGRAM/ INFO TERKINI PLP JANUARI 2015

Ibubapa/ Penjaga yang dikasihi .. Mudah-mudahan dalam barakah dan sejahtera

”Pihak pengurusan PASTI Lestari Putra (PLP) dan warga Guru PLP mengucapkan tahniah dan selamat datang ”Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum” sebagai salah satu entiti keluarga PLP”

 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Beberapa aktiviti/ program/ info akan diadakan untuk bulan Januari 2015 seperti berikut
 
a)      Ibubapa/Penajaga bagi Pelajar-pelajar baru dinasihatkan untuk menanda (Tagging) setiap peralatan, pakaian dsb dengan jelas dan kekal bagi memudahkan pengurusan pelajar terutama bagi sesi Transit. Susu (Bagi yang berkaitan) akan diberikan sekali sahaja sebelum tidur tengahari. Menu Makan harian akan dipaparkan di Blog PLP.
b)      Ibubapa/Penjaga yang masih belum menjelaskan Yuran Pendaftaran, Bulanan dsb dimohon menjelaskan tunggakan tersebut selewat-lewatnya 30/1/2015 dan boleh merujuk kepada En. Syari Jamian ( Bendahari : 013-6656607) atau Cikgu Mira (017-9871718). Bagi memudahkan urusan pembayaran dan penerimaan Yuran Bulanan PLP, pihak ibubapa/penjaga boleh menjelaskan yuran tersebut pada setiap hari Isnin bermula jam 2 hingga 5 petang kepada guru bertugas. Sila pastikan resit bayaran diterima dan slip bulanan telah ditandatangani.
c)      Merujuk kepada Musibah Banjir yang melanda beberapa negeri khususnya di Kelantan, pihak PASTI Negeri Selangor telah mengeluarkan surat memohon sumbangan seperti dilampir. Pihak PASTI PLP diminta mengurustadbir kutipan sumbangan ini sebelum diserahkan kepada pihak bertanggungjawab. Sumbangan dibuka sepanjang masa dan boleh diserahkan kepada guru bertugas.

Pihak Pengurusan dan Guru-Guru PLP ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2014 serta jutaan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga. Pihak kami doakan agar tuan/puan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Segala kerjasama dan perhatian pihak ibubapa/penjaga amat dihargai dan didahului jutaan penghargaan.

 Yang benar,
          Solehan
………………………..…...........
(Mohd Solehan Ahmad SHAH)
Pengurus
PASTI Lestari Putra (PLP)