Monday 10 November 2014

YURAN PLP TAHUN 2015


Bil
PERKARA (CAJ/ PELAJAR)
SESI PAGI SAHAJA (RM)
SESI PAGI & PETANG (RM)
1
PENDAFTARAN
200
200
2
YURAN BULANAN (JANUARI 2014)
170
270
3
YURAN BULANAN
(NOV 2015: EARLY BIRD DISC)
150
250
4
YURAN KOKURIKULUM
30
30
5
YURAN PEPERIKSAAN
10
10
6
BUKU TEKS DAN PERALATAN
80
80
7
TAKAFUL PELAJAR & BULETIN
5
5
8
PAKAIAN SERAGAM (1 SET)
35
35
9
PAKAIAN SUKAN (1 SET)
30
30
 
JUMLAH
710
910

Pihak Ibubapa/penjaga dimohon merujuk ruangan Info Ibubapa untuk maklumat dan borang pendaftaran pelajar yang perlu dilengkapkan. Syukran

MAKLUMAN AKTIVITI DAN TARIKH-TARIKH PENTING BULAN NOV 2014


Semua Ibubapa/ Penjaga

Tuan/Puan

Assalamualaikum W.B.T dan salam barakah....

 MAKLUMAN PROGRAM TERKINI PLP NOVEMBER 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Beberapa aktiviti akan diadakan untuk bulan November 2014 seperti berikut

 a)      Peperiksaan SETARA PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 7/11/2014 (Jumaat) bagi calon pelajar terbaik ( 2 wakil: 5 dan 6 tahun) bertempat di Masjid as-Salam Puchong Perdana. Pelajar dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.

b)      Program Hari Akademik (Perjumpaan Ibubapa/Penjaga bersama Guru PLP) akan diadakan pada 9/11/2014 (Ahad) di Premis PLP bermula dari jam 10.00 pagi – 12.30 tgh.

c)      Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 15/11/2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Tertutup Serdang Jaya untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun. Pengangkutan sendiri dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.

 d)      Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Lestari Putra (PLP) akan diadakan pada 23/11/2014 (Ahad) bertempat di Premis PLP untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun, tempat pertama hingga ke-3 untuk 4 dan 5 tahun serta tokoh-tokoh pelajar. Sehubungan dengan itu, ibubapa/ penjaga adalah dijemput hadir.

 e)      Sesi Persekolahan PASTI bagi tahun 2014 akan berakhir pada 21/11/2014 (Jumaat). Pada hari tersebut juga akan diadakan sambutan harijadi pelajar yang lahir pada bulan Sept – Dis. Semua ibubapa/penjaga yang ingin menghantar transit bagi 1 minggu terakhir bulan November 2014 dimohon merujuk ketua guru untuk tindakan susulan. Bulan Disember tiada Transit.

 f)       Ibubapa/penjaga pelajar-pelajar untuk sesi kemasukan 2015 yang belum didaftarkan mohon membuat pendaftaran secara online bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Pihak Pengurusan dan Guru-Guru PLP ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2014 serta jutaan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga. Pihak kami doakan agar tuan/puan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Segala kerjasama dan perhatian pihak ibubapa/penjaga amat dihargai dan didahului jutaan penghargaan.

 Yang benar,

          Solehan
………………………..…...........
(Mohd Solehan Ahmad SHAH)
Pengurus
PASTI Lestari Putra (PLP) 

Majlis konvo pasti puchong