Friday 14 September 2012

Pendaftaran tahun 2013 kini dibuka!!!

as slm.. merujuk kepada keputusan mesyuarat khas pengurusan PLP, pendaftaran pelajar baru dan menyambung kini dibuka. Kepada ibubapa/penjaga yang berminat sila lengkapkan borang pendaftaran secara online atau print borang pendaftaran dan serahkan kepada guru bertugas di PLP.

Sebarang maklumat berkaitan status pendaftaran akan dimaklumkan secara e-mail /phone.

Yuran Pendaftaran bagi pelajar lama ( yang menyambung) adalah dikecualikan. Sila ke helaian Info Ibu Bapa untuk maklumat lanjut. Borang Pendaftaran dan yuran adalah seperti berikut :



b/p : Pengurus PLP

Program Alam Ria PASTI Puchong & Sambutan Hari Raya 2012

As slm.. Pihak pengurusan PLP merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru, AJK, ibubapa, penjaga dan para pelajar PLP yang telah bertungkus lumus bertanding dalam program Alam Ria peringkat Kawasan Puchong di Kompleks 3C pada 1/9/12 serta menjayakan program Sambutan Hari Raya Gabungan pada 9/9/12.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada ibubapa yang sudi menyumbang makanan "pot-luck " semasa sambutan majlis hari raya.. wsm