Friday 18 January 2013

Penganjuran Program Bowling Amal PLP 2013


Tarikh:  21 Januari 2013 / 9 Rabiulawal 1434
 

Yang Dirahmati

Ibu Bapa Penjaga / Pelajar

(Murid – Murid)

 
Tuan / puan.

 

PROGRAM BOLING AMAL 2013


 Perkara di atas adalah dirujuk

 Sukacita dimaklumkan, Pengurusan PASTI Lestari Putra akan mengadakan program tersebut untuk mengumpul Dana Bangunan PASTI. Program tersebut akan dilaksanakan seperti berikut:

             Tarikh             :           3 Mac 2013 (AHAD) bersamaan 20 Rabiulakhir 1434H

            Masa                :           8.50 pagi – Pendaftaran IbuBapa/Penjaga

                                                9.30 pagi – Majlis Perasmian

                                                10.30 pagi – Pertandingan Bowling

                                                10.40 pagi – Majlis penutup dan penyampaian hadiah

            Yuran              :           RM50.00/Keluarga

            Tempat           :           Power Bowl, Alamanda, Putrajaya

 
2.         Sehubungan dengan itu, pihak PASTI memohon sumbangan ikhlas daripada tuan bagi menjayakan majlis tersebut.

3.         Bersama – sama ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran dan sumbangan. Sekiranya pihak kami tidak menerima borang jawapan kehadiran berserta sumbangan daripada tuan/puan sebelum 20 Februari 2013, kami beranggapan bahawa tuan/puan tidak dapat hadir ke program tersebut

 
Segala sumbangan tuan bagi menjayakan program ini diucapkan jutaan terima kasih dan semoga ianya menjadi amal jariah yang mendapat keberkatan dan pahala yang besar dari Allah SWT.

 
Sekian, Terima kasih,
 

Yang menjalankan tugas,

Ya Allah, terimalah segala amalan kami di bulan ini. Ampunilah segala dosa kami dan temukanlah kami dengan iman dan takwa … Amin Ya Robbal Alamin.
 
Syed Ahmad Thani Tuan Hadi

Pengurus

PASTI LESTARI PUTRA