Intro

Helaian ini mengandungi maklumat pengenalan dan informasi berkaitan PASTI secara umum dan PASTI Lestari Putra secara khusus

Penubuhan PASTI Lestari Putra
1.0             Pendahuluan
Dengan nama Allah Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasullullah S.A.W. Segala puji bagi Allah Taala, yang telah mengurniakan nikmat dan rahmat untuk sama-sama masih berada dalam Iman dan Islam. Juga kepada pejuang gerakan Islam terdahulu yang telah menyampaikan sinar perjuangan sehingga boleh dirasi oleh generasi terkini.
PASTI salah satu daripada mata rantai perjuangan untuk menyebarkan dakwah dan tarbiyyah kepada seluruh lapisan masyarakat. PASTI merupakan sebuah entiti pendidikan dan tarbiyyah untuk tunas Islam yang telah bertapak lebih 25 tahun. Dalam tempoh usianya, PASTI telah pun diterima dekat dengan masyarat dalam membentuk insan di peringkat awal pra-persekolahan. Puluhan ribu generasi anak-anak PASTI telah dilahirkan dan telah pun subur dalam masyarakat menjadi ustaz,doktor,peguan,akauntan dan lain-lain profesion yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

2.0               Pengenalan

Permintaan terhadap PASTI semakin hari semakin meningkat. Kebanyakan PASTI tidak dapat lagi menampung permintaan masyarakat yang sudah semakin yakin terhadap mutu dan kualiti pendidikan yang selama ini ditawarkan oleh PASTI. Justeru itu, Pihak PASTI Kawasan Puchong telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi membincangkan penubuhan sebuah pasti dan alhamdulillah dengan kerjasama baik semua pihak, sebuah PASTI dapat ditubuhkan bersama bagi memulakan sesi pembelajaran sesi 2012.

Pihak PASTI Kawasan Puchong amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh pihak PAS Cawangan Putra Permai dan Dewan Pemuda PAS Puchong dalam menjayakan PASTI yang bakal ditubuhkan ini. Semoga segala perancangan dan perincian yang telah disepakati seiring dengan ketentuan dan ketetapan Ilahi.


3.0               Objektif

·         Menampung permintaan masyarakat terhadap PASTI yang semakin meningkat
·         Mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara PASTI Kawasan Puchong serta PASTI-PASTI cawangan
·         Membantu menjana dana untuk pihak PASTI Kawasan Puchong 

4.0               Nama

Nama penuh                     :               Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Lestari Putra

Nama singkatan               :               PLP (PASTI Lestari Putra)
               

5.0               Tempat Premis

No. 1 Jalan LEP 1/3 , Taman Lestari Putra, Sri Kembangan , Selangor
 ***********************************************************************************