Wednesday 2 September 2015

SELAMAT HARI MERDEKA!!! TAHNIAH PASTI PUCHONG


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Assalamualaikum wbth

1. Syukur Alhamdulillah , PASTI PUCHONG melahirkan rasa tahniah dan syabas kepada kontijen PASTI SELANGOR diatas kejayaan merangkul gelaran NAIB JOHAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA yang berlangsung di Golden Straits Valley Resort, Port Dickson pada 29 dan 30 Ogos 2015.

2. Kejayaan kali ini menzahirkan komitmen yang berterusan dan iltizam yang tinggi dikalangan warga kerja PASTI keseluruhannya dan khususnya kepada kontinjen PASTI SELANGOR yang membuahkan hasil yang bermakna.

3.Pada pertandingan kali ini PASTI PUCHONG turut memberi sumbangan kepada kejayaan PASTI SELANGOR.  4 wakil daripada PASTI PUCHONG diamanahkan dalam cabaran kali ini.

4.PASTI PUCHONG membawa cabaran dalam acara KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai), BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) , PIDATO ( Pasti Lestari Putra) dan HAFAZAN (P) ( PASTI FIRDAUS).

5.Dalam acara yang diwakili tersebut , pertandingan KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai) dan BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) mendapat pingat EMAS.

6.Semoga dengan kejayaan ini , warga PASTI PUCHONG akan lebih komited dan bersedia untuk meneroka kejayaan-kejayaan baru pada masa akan datang, insyaAllah.

TG KHAIRUL HISHAM B. TG ISMAIL
PENGERUSI PASTI
KAWASAN PUCHONG

1 comment:

  1. tahniah kepada Guru-guru yang membimbing para pelajar ..syabas di ucapkan

    ReplyDelete