Friday, 28 November 2014
Monday, 10 November 2014
YURAN PLP TAHUN 2015
Bil
|
PERKARA (CAJ/ PELAJAR)
|
SESI PAGI SAHAJA (RM)
|
SESI PAGI & PETANG (RM)
|
1
|
PENDAFTARAN
|
200
|
200
|
2
|
YURAN BULANAN (JANUARI 2014)
|
170
|
270
|
3
|
YURAN BULANAN
(NOV 2015: EARLY BIRD DISC)
|
150
|
250
|
4
|
YURAN KOKURIKULUM
|
30
|
30
|
5
|
YURAN PEPERIKSAAN
|
10
|
10
|
6
|
BUKU TEKS DAN PERALATAN
|
80
|
80
|
7
|
TAKAFUL PELAJAR & BULETIN
|
5
|
5
|
8
|
PAKAIAN SERAGAM (1 SET)
|
35
|
35
|
9
|
PAKAIAN SUKAN (1 SET)
|
30
|
30
|
|
JUMLAH
|
710
|
910
|
Pihak Ibubapa/penjaga dimohon merujuk ruangan Info Ibubapa untuk maklumat dan borang pendaftaran pelajar yang perlu dilengkapkan. Syukran
MAKLUMAN AKTIVITI DAN TARIKH-TARIKH PENTING BULAN NOV 2014
Semua Ibubapa/ Penjaga
Tuan/Puan
Assalamualaikum W.B.T dan salam barakah....
Dengan segala hormatnya
perkara di atas dirujuk. Beberapa aktiviti akan diadakan untuk bulan November
2014 seperti berikut
b) Program Hari Akademik (Perjumpaan Ibubapa/Penjaga bersama Guru PLP) akan diadakan pada 9/11/2014 (Ahad) di Premis PLP bermula dari jam 10.00 pagi – 12.30 tgh.
c) Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 15/11/2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Tertutup Serdang Jaya untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun. Pengangkutan sendiri dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.
Pihak Pengurusan dan
Guru-Guru PLP ingin mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2014
serta jutaan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga. Pihak kami doakan
agar tuan/puan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Segala kerjasama dan perhatian
pihak ibubapa/penjaga amat dihargai dan didahului jutaan penghargaan.
Solehan
………………………..…...........(Mohd Solehan Ahmad SHAH)
Pengurus
PASTI Lestari Putra (PLP)
Saturday, 18 October 2014
Ralat Pendaftaran PLP 2015
As slm... Tuan/puan/ penjagayang dihormati sekalian untuk makluman sistem pendaftaran plp secara online mengalami sedikit masalah teknikal yang mana pendaftaran yang dibuat baru-baru ini tidak dihantar kepada moderator untuk diproses.. Kepada yang berminat mendaftar bagi sesi 2015, mohon hantar maklumat anak, ibu dan bapa merujuk borang online tersebut dan dihantar secara e-mail ke plp.lestariputra@gmail.com .. Hanya pendaftaran online sahaja diterima bagi mengelakkan pertindihan dan isu berbangkit.. Sila pastikan pihak tuan/puan menerima maklumbalas penerimaan pendaftaran sebagai bukti pengesahan borang diterima untuk diproses.. Segala kerjasama didahului jutaan penghargaan
Thursday, 16 October 2014
Tuesday, 23 September 2014
Program Lawatan ke Pusat Sains Negara
As slm.. Untuk makluman, mesyuarat pengurusan PLP telah bersetuju mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara Kuala Lumpur seperti maklumat berikut :
Tarikh : 2 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang (perubahan ADK)
Peserta : Semua Pelajar, Guru ( termasuk AJK pengurusan berkaitan)
Yuran Penyertaan : RM15/ pelajar (termasuk mkn tengahari)
Pengangkutan : Bas ( Disediakan)
Sebarang persoalan dan pembayaran mohon dirujuk guru bertugas di PLP. Syukran

Pendaftaran Sesi Kemasukan PLP tahun 2015 : 1/10/2014
As salam..
Kepada semua Ibubapa/penjaga Pelajar PLP sediada dan bakal pelajar bagi sesi kemasukan tahun 2015, pendaftaran hanya akan dibuka pada 1 Oktober 2014 secara atas talian (on-line). Ibubapa/penjaga yang telah memohon awal dinasihatkan menghantar semula online-form pada atau selepas tarikh 1/10/14.
Pihak urusetia pendaftaran akan memberikan maklumbalas penerimaan sebagai bukti pendaftaran diterima walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada kuota pelajar dibenarkan. Makluman ini telah dikeluarkan terdahulu dan makluman secara terus oleh guru bertugas. Harap maklum.

Monday, 7 July 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)