Monday, 8 October 2012

PLP berdaftar di bawah TUNAS

as slm.. Alhamdulillah, PASTI PLP telah didaftarkan di bawah program TUNAS sebagai satu inisiatif kerajaan negeri dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Melalui program ini, para pelajar yang mendaftar di PASTI PLP dan layak memohon ( rujuk syarat kelayakan di http://www.e-tunas.org/) akan diberikan sumbangan dana berjumlah RM50/ bulan sebagai bantuan Yuran Persekolahan di PASTI.

Program Sukaneka yang menggamit keceriaan

as slm.. pihak pengurusan dan guru-guru PLP ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama bersepadu ibubapa/ penjaga sempena Program Sukaneka PLP yang telah dijalankan pada 7/10/12 (Ahad) lepas.

InsyaALLAH tahun hadapan akan diadakan program yang lebih meriah lagi..wsm

Friday, 14 September 2012

Pendaftaran tahun 2013 kini dibuka!!!

as slm.. merujuk kepada keputusan mesyuarat khas pengurusan PLP, pendaftaran pelajar baru dan menyambung kini dibuka. Kepada ibubapa/penjaga yang berminat sila lengkapkan borang pendaftaran secara online atau print borang pendaftaran dan serahkan kepada guru bertugas di PLP.

Sebarang maklumat berkaitan status pendaftaran akan dimaklumkan secara e-mail /phone.

Yuran Pendaftaran bagi pelajar lama ( yang menyambung) adalah dikecualikan. Sila ke helaian Info Ibu Bapa untuk maklumat lanjut. Borang Pendaftaran dan yuran adalah seperti berikut :



b/p : Pengurus PLP

Program Alam Ria PASTI Puchong & Sambutan Hari Raya 2012

As slm.. Pihak pengurusan PLP merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru, AJK, ibubapa, penjaga dan para pelajar PLP yang telah bertungkus lumus bertanding dalam program Alam Ria peringkat Kawasan Puchong di Kompleks 3C pada 1/9/12 serta menjayakan program Sambutan Hari Raya Gabungan pada 9/9/12.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada ibubapa yang sudi menyumbang makanan "pot-luck " semasa sambutan majlis hari raya.. wsm

Saturday, 23 June 2012

Program - program semasa dan bakal disertai PLP

Program Alam Ria PASTI Puchong
Tarikh : 8/7/12
Acara yang dipertandingkan adalah :
- Nasyid berkumpulan
-Hafazan ( lelaki dan perempuan)
- Khutbah ( lelaki)
- Pidato ( Perempuan)
- Bercerita ( Lelaki dan perempuan)
- Sajak ( Lelaki dan perempuan)
- Azan (Lelaki)

Program Iftar Ramadhan PLP
Tarikh : 27/7/12 (Jumaat)
- aturcara termasuk solat Maghrib, Isya’ dan terawikh berjemaah

Iftar Perdana PASTI Puchong ( Peringkat Kawasan Puchong)
Tarikh : 11/8/12
Program Majlis Sambutan Hari Raya PLP
Tarikh : 1/9/12 (Sabtu)
-Jemputan kepada pengurusan & guru PLP, Exco DPPP/ PASTI Kaw, ibubapa pelajar dan masyarakat sekitar

Hari Akademik PLP

Coretan bergambar sepanjang Hari Akademik PLP pada 230612 dari jam 9pagi hingga 1ptg.