Thursday, 29 December 2016

Kemudahan pengangkutan pelajar PASTI

As salam.. ibubapa/ penjaga yg dihormati.. pihak pengurusan PASTI PLP dengan kerjasama sykt Eyno IKS Network menawarkn perkhidmatan pengangkutan pelajar PASTI bg sesi kemasukan 2017.. sila daftar online di link berikut 



Thursday, 6 October 2016

Sukaneka PLP cum Family-Day


Program Sukaneka PLP telah diadakan pada hari Ahad (021016) bertempat di Kompleks Serbaguna 3K, Serdang Raya. Semua peringkat pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 termasuk ibubapa/penjaga telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan harmoni. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan.

Pengurusan PASTI Lestari Putra

Program Lawatan Ilmiah PLP : Farm in the City, Seri Kembangan


Program lawatan ilmiah (tahunan) PLP telah diadakan pada hari Rabu (28/09/16) bertempat di Farm in the City, Seri Kembangan, Selangor. Alhamdulillah program memberikan pendedahan secara hands-on dan alami kepada para pelajar terutama dalam mengenali haiwan-haiwan eksotik yang semakin pupus.

Wednesday, 17 February 2016

Program ziarah musibah PLP

Program ziarah En. Hasrul dan penyampaian sumbangan dari Pasti Lestari Putra kepada bapa pelajar Pasti Syifa Adni dan Hasinah Balqish Beliau kemalangan motosikal dan patah bahu kiri. Sama sama kita doakan beliau cepat sembuh

Monday, 18 January 2016

Seminar Keibubapaan 24/01/16

Semua ibubapa/ penjaga dijemput hadir mengimarahkn program... anjuran PLP dengan kerjasama Masjid al-Muttaqin

Sunday, 3 January 2016

Makluman sesi persekolahan PLP

Seperti yg dimaklumkan pada hari pendaftaran lalu, PLP akan memulakan sesi persekolahan 2016 bermula pada Selasa 5 Januari 2016 . Justeru tiada sesi akademik dan transit pada hari Isnin. Sekian. Terima kasih.

Wednesday, 2 September 2015

SELAMAT HARI MERDEKA!!! TAHNIAH PASTI PUCHONG


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Assalamualaikum wbth

1. Syukur Alhamdulillah , PASTI PUCHONG melahirkan rasa tahniah dan syabas kepada kontijen PASTI SELANGOR diatas kejayaan merangkul gelaran NAIB JOHAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA yang berlangsung di Golden Straits Valley Resort, Port Dickson pada 29 dan 30 Ogos 2015.

2. Kejayaan kali ini menzahirkan komitmen yang berterusan dan iltizam yang tinggi dikalangan warga kerja PASTI keseluruhannya dan khususnya kepada kontinjen PASTI SELANGOR yang membuahkan hasil yang bermakna.

3.Pada pertandingan kali ini PASTI PUCHONG turut memberi sumbangan kepada kejayaan PASTI SELANGOR.  4 wakil daripada PASTI PUCHONG diamanahkan dalam cabaran kali ini.

4.PASTI PUCHONG membawa cabaran dalam acara KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai), BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) , PIDATO ( Pasti Lestari Putra) dan HAFAZAN (P) ( PASTI FIRDAUS).

5.Dalam acara yang diwakili tersebut , pertandingan KALAM JAMAIE ( Pasti Putra Permai) dan BERCERITA ( Pasti Lestari Putra) mendapat pingat EMAS.

6.Semoga dengan kejayaan ini , warga PASTI PUCHONG akan lebih komited dan bersedia untuk meneroka kejayaan-kejayaan baru pada masa akan datang, insyaAllah.

TG KHAIRUL HISHAM B. TG ISMAIL
PENGERUSI PASTI
KAWASAN PUCHONG

Tuesday, 1 September 2015

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PLP SESI 2016.. KINI DIBUKA

As slm.. Tuan/Puan para ibubapa/penjaga yang dimuliakan ALLAH S.W.T.. sesi pendaftaran pelajar bagi sesi kemasukan tahun 2016 kini dibuka.. Kepada ibubapa/penjaga yang berminat dimohon mengisi borang secara atas talian (online form) seperti kaedah terdahulu di bahagian bawah blog ini. Pelajar-pelajar lama juga perlu membuat pendaftaran semula menggunakan borang online tersebut. Mohon disebarkan maklumat pendaftaran ini kepada rakan-rakan yang berminat. syukran

Tuesday, 6 January 2015

Menu Harian PLP


MAKLUMAN PROGRAM/ INFO TERKINI PLP JANUARI 2015

Ibubapa/ Penjaga yang dikasihi .. Mudah-mudahan dalam barakah dan sejahtera

”Pihak pengurusan PASTI Lestari Putra (PLP) dan warga Guru PLP mengucapkan tahniah dan selamat datang ”Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum” sebagai salah satu entiti keluarga PLP”

 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Beberapa aktiviti/ program/ info akan diadakan untuk bulan Januari 2015 seperti berikut
 
a)      Ibubapa/Penajaga bagi Pelajar-pelajar baru dinasihatkan untuk menanda (Tagging) setiap peralatan, pakaian dsb dengan jelas dan kekal bagi memudahkan pengurusan pelajar terutama bagi sesi Transit. Susu (Bagi yang berkaitan) akan diberikan sekali sahaja sebelum tidur tengahari. Menu Makan harian akan dipaparkan di Blog PLP.
b)      Ibubapa/Penjaga yang masih belum menjelaskan Yuran Pendaftaran, Bulanan dsb dimohon menjelaskan tunggakan tersebut selewat-lewatnya 30/1/2015 dan boleh merujuk kepada En. Syari Jamian ( Bendahari : 013-6656607) atau Cikgu Mira (017-9871718). Bagi memudahkan urusan pembayaran dan penerimaan Yuran Bulanan PLP, pihak ibubapa/penjaga boleh menjelaskan yuran tersebut pada setiap hari Isnin bermula jam 2 hingga 5 petang kepada guru bertugas. Sila pastikan resit bayaran diterima dan slip bulanan telah ditandatangani.
c)      Merujuk kepada Musibah Banjir yang melanda beberapa negeri khususnya di Kelantan, pihak PASTI Negeri Selangor telah mengeluarkan surat memohon sumbangan seperti dilampir. Pihak PASTI PLP diminta mengurustadbir kutipan sumbangan ini sebelum diserahkan kepada pihak bertanggungjawab. Sumbangan dibuka sepanjang masa dan boleh diserahkan kepada guru bertugas.

Pihak Pengurusan dan Guru-Guru PLP ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2014 serta jutaan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga. Pihak kami doakan agar tuan/puan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Segala kerjasama dan perhatian pihak ibubapa/penjaga amat dihargai dan didahului jutaan penghargaan.

 Yang benar,
          Solehan
………………………..…...........
(Mohd Solehan Ahmad SHAH)
Pengurus
PASTI Lestari Putra (PLP) 

 

 

Monday, 10 November 2014

YURAN PLP TAHUN 2015


Bil
PERKARA (CAJ/ PELAJAR)
SESI PAGI SAHAJA (RM)
SESI PAGI & PETANG (RM)
1
PENDAFTARAN
200
200
2
YURAN BULANAN (JANUARI 2014)
170
270
3
YURAN BULANAN
(NOV 2015: EARLY BIRD DISC)
150
250
4
YURAN KOKURIKULUM
30
30
5
YURAN PEPERIKSAAN
10
10
6
BUKU TEKS DAN PERALATAN
80
80
7
TAKAFUL PELAJAR & BULETIN
5
5
8
PAKAIAN SERAGAM (1 SET)
35
35
9
PAKAIAN SUKAN (1 SET)
30
30
 
JUMLAH
710
910

Pihak Ibubapa/penjaga dimohon merujuk ruangan Info Ibubapa untuk maklumat dan borang pendaftaran pelajar yang perlu dilengkapkan. Syukran

MAKLUMAN AKTIVITI DAN TARIKH-TARIKH PENTING BULAN NOV 2014


Semua Ibubapa/ Penjaga

Tuan/Puan

Assalamualaikum W.B.T dan salam barakah....

 MAKLUMAN PROGRAM TERKINI PLP NOVEMBER 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Beberapa aktiviti akan diadakan untuk bulan November 2014 seperti berikut

 a)      Peperiksaan SETARA PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 7/11/2014 (Jumaat) bagi calon pelajar terbaik ( 2 wakil: 5 dan 6 tahun) bertempat di Masjid as-Salam Puchong Perdana. Pelajar dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.

b)      Program Hari Akademik (Perjumpaan Ibubapa/Penjaga bersama Guru PLP) akan diadakan pada 9/11/2014 (Ahad) di Premis PLP bermula dari jam 10.00 pagi – 12.30 tgh.

c)      Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 15/11/2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Tertutup Serdang Jaya untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun. Pengangkutan sendiri dan ibubapa/penjaga berkaitan akan dihubungi guru bertugas untuk maklumat lanjut.

 d)      Majlis Konvokesyen (MKP) PASTI Lestari Putra (PLP) akan diadakan pada 23/11/2014 (Ahad) bertempat di Premis PLP untuk semua pelajar-pelajar 6 tahun, tempat pertama hingga ke-3 untuk 4 dan 5 tahun serta tokoh-tokoh pelajar. Sehubungan dengan itu, ibubapa/ penjaga adalah dijemput hadir.

 e)      Sesi Persekolahan PASTI bagi tahun 2014 akan berakhir pada 21/11/2014 (Jumaat). Pada hari tersebut juga akan diadakan sambutan harijadi pelajar yang lahir pada bulan Sept – Dis. Semua ibubapa/penjaga yang ingin menghantar transit bagi 1 minggu terakhir bulan November 2014 dimohon merujuk ketua guru untuk tindakan susulan. Bulan Disember tiada Transit.

 f)       Ibubapa/penjaga pelajar-pelajar untuk sesi kemasukan 2015 yang belum didaftarkan mohon membuat pendaftaran secara online bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Pihak Pengurusan dan Guru-Guru PLP ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2014 serta jutaan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga. Pihak kami doakan agar tuan/puan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Segala kerjasama dan perhatian pihak ibubapa/penjaga amat dihargai dan didahului jutaan penghargaan.

 Yang benar,

          Solehan
………………………..…...........
(Mohd Solehan Ahmad SHAH)
Pengurus
PASTI Lestari Putra (PLP)